Powered By Blogger

Wednesday 14 December 2011

KECERDASAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir
Dalam kes ini, para pelajar perlu memahami tujuh kecerdasan (seven multiple intelligences) dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau masteri.

Mengapa Tujuh kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan?
1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu dikembangkan.
2. kemahiranberfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.
3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Bagaimana Tujuh Kecerdasan Dikembangkan?
Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan berikut:
a. Bahasa
b. Logik-Matematik
c. Ruang (spatial)
d. Muzik
e. Kinestatik
f. Interpersonal
g. Intapersonal.

Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri tujuh kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut:

Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan
1. Bahasa Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan. Penulis, penyajak, penceramah
2. Logik Matematik Menaakul, kiraan, membuat analisis Saintis, jurutera, akauntan
3. Ruang (spatial) Mencorak, melukis, mengukir Pelukis, pengukir
4. Muzik Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzik Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.
5. Kinestatik Gerakan, tarian, lakonan, sukan, permainan Atlet, pemain bola sepak, peninju, penari,, pelakon.
6. Interpersonal Perhubungan manusia Diplomat, ahli politik, peniaga
7. Intrapersonal Nilai murni, pendirian, falsafah Pengarang, penyajak, ahli falsafah

Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa berkenaan:
i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.
ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang.
iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang.
iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik.

Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran-kemahiran berikut:
i. Menaakul secara logik.
ii. Membuat kiraan.
iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir.
iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan.
v. Membuat keputusan
vi. Menyelesaikan masalah.

No comments:

Post a Comment