Powered By Blogger

Monday 12 December 2011

KAJIAN TENTANG KEMAHIRAN BERFIKIR

TAJUK: KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF BAGI MENGHASILKAN SESEBUAH PROJEK REKACIPTA BAGI PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN TIGA


BAB 1 : PENGENALAN
1) Latar belakang masalah
Kemahiran Berfikir Secaraa Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan unsur yang diberi penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selain itu, KBKK juga perlu diterapkan dalam sesebuah rekacipta bagi menghasilkan rekaan yang kreatif, inovatif dan imaginatif. Dapatan kajian Torrance (1963) menunjukkan bahawa melalui rangsangan persekitaran membolehkan potensi kreatif berkembang berbanding dengan kanak-kanak terbiar, potensi kreatif kanak-kanak kaku dan beku. Jelas di sini, walaupun potensi kreatif hadir bersama-sama dengan kelahiran, perkembangannya bergantung kepada individu dan persekitaran khususnya melalui pengajaran di bilik darjah secara formal dan akan mengubah 'berfikir biasa' yang menjadi rutin kepada yang baru, asli, banyak dan pelbagai.


2) Pernyataan Masalah
Sesebuah projek rekacipta perlulah menarik, kreatif dan unik bagi menaraik perhatian mata yang memandangnya. Bagi menghasilkan projek rekacipta yang menarik, kreatif dan unik, pelajar perlu berfikir secara kritis dan kreatif. Namun sejauhmanakah pelajar Kemahiran Hidup Tingkatan Tiga menggunakan KBKK dalam penghasilan projek mereka? Adakah semua pelajar menggunakan KBKK dalam penghasilan projek mereka? Seberapa pentingkah KBKK dalam penghasilan projek rekacipta yang menarik, kreatif dan unik? Bagaimana pula pelajar menggunakan KBKK bagi menghasilkan projek rekacipta tersebut?


3) Objektif kajian
Objektif umum ialah bagi mengkaji sejauhmanakan kepentingan KBKK dalam penghasilan sesebuah projek rekacipta.


Objektif khusus ialah bagi:
  • mengkaji tahap penggunaan KBKK oleh pelajar tingkatan tiga.
  • mengkaji tahap kepentingan KBKK untuk digunakan oleh pelajar bagi menghasilkan projek rekacipta mereka.
  • mengkaji penerapan unsur KBKK oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Rekacipta dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.
4) Persoalan kajian
  • Adakah KBKK digunakan oleh pelajar dalam menghasilkan projek mereka?
  • Bagaimanakah pelajar menggunakan KBKK dalam menghasilkan projek mereka?
  • Adakah guru menerapkan unsur KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?
  • Adakah guru menerapkan unsur KBKK sebagai panduan kepada pelajar untuk menyiapkan projek rekacipta mereka?
5) Hipotesis kajian
  • Hipotesis yang dikehendaki - KBKK penting bagi pelajar tingkatan tiga untuk menghasilkan projek rekacipta mereka.
  • Nal-hipotesis - KBKK tidak penting bagi pelajar tingkatan tiga untuk menghasilkan projek rekacipta mereka.
6) Kepentingan kajian
  • Bagi mengkaji sejauhmana kepentingan KBKK dalam penghasilan sesebuah projek rekacipta.
  • mengkaji sama ada sesebuah projek rekacipta yang baik, menarik, kreatif dan unik dapat dihasilkan menggunakan KBKK.
  • mengkaji sama ada proses menghasikan sesebuah projek dapat dijalankan secara teratur dan sistematik dengan menggunakan KBKK.
7) Skop dan batasan kajian
  • Skop kajian hanya bagi pelajar tingkatan tiga yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hiudp.
  • Batasan kajian adalah kajian dijalankan di empat buah sekolah menengah kebangsaan di sekitar Lawas, Sarawak dan hanya 100 orang pelajar tingkatan tiga yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup.
8) Definisi Operasional
Kemahiran Kritis Secara Kritis dan Kreatif bermaksud:
  • Edward de Bono dalam buku beliau bertajuk 'I Am Right You Are Wrong' (1990) mendefinisikan berfikir sebagai satu proses yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan.
  • Howard Gardner (1993) pula mengatakan bahawa seseorang yang kreatif ialah seseorang yang biasa menyelesaikan masalah, imaginatif, rasional mengaplikasikan idea dan menggunakan pendekatan yang bijaksana. Selain itu, seseorang yang kreatif mempunyai kebolehan seperti menyusun semula masalah dan melihatnya dari sudut pandangan yang baru.
BAB 2 : SOROTAN LITERATUR


Dalam kajian 'Kesan Penyebatian Kemahiran Berfikir Kreatif Dalam Pengajaran Karangan Deskriptif Dan Karangan Imaginatif Dalam Kalangan Pelajar TIngkatan Empat' (Siti ZAbidah Bt. Mohamed, 2006) mendapati bahawa pelajar yang menggunakan KBKK dalam penulisan karangan dapat menghasilkan karangan yang lebih kreatif iaitu dari segi kelancaran, kelenturan, deskriptif dan penghuraian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui soal selidik menggunakan Skala Litert. Data diperoleh dan dianalisis menggunakan ujian ANCOVA, MANCOVA dan Korelasi Pearson untuk menjawab hipotesis.


Menurut Rafiei B. Hj. Mustapha (1994) dalam 'Kajian Tentang Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah' mendapati bahawa unsur KBKK bukan sahaja hadir dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu malah dalam aspek-aspek seperti penyolan, aktiviti dan latihan bertulis. Unsur tersebut telah terjelma dalam pengajaran lebih separuh daripada bilangan guru yang dijadikan sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian dan temu bual. Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen khas.


Dalam kajian 'Keberkesanan Modul Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Meningkatkan Tahap Pemikiran Kritis Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah teknik' (Hawariyah Binti Rahim) mengatakan bahawa dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya tahap kemahiran berfikir secara kritis di kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat meningkat selepas modul dijalankan. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik, modul kemahiran kritis dan catatan pemerhatian.


BAB 3 :  BAHAN DAN KAEDAH KAJIAN (METODOLOGI KAJIAN)
Instrumen kajian yang akan saya gunakan ialah secara kuantitatif. saya akan menggunakan kaedak soal selidik, kaedah pemerhatian, dan temu bual. Data-data daripada soal selidik akan dikumpulkan dan dianalisi menggunakan perisian khas iaitu SPSS dan diterjemahkan dalam bentuk jadual, graf dan carta. Manakala maklumat yang diperoleh dari akedah pemerhatian dan temu bual akan dianalisis dan disimpulkan.


Populasi dan  sampel kajian adalah seramai 100 orang pelajar tingkatan tiga yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup dari empat buah sekolah menengah di sekitar Lawas, Sarawak.


RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
  1. Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihani Zakariya (2005). Psikologi Kognitif. Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia.
  2. Hawariyah Binti rahim. Keberkesanan modul Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Meningkatkan Tahap Pemikiran Kritis Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik. Jurnal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  3. Rafiei Bin Haji Mustapha (1994). kajian Tentang Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Jurnal Kementerian Pendidikan.
  4. Siti Zabidah Bt. Mohamed (2006). Kesan Penyebatian Kemahiran Berfikir Kreatif Dalam Pengajaran Karangan Deskriptif dan Karangan Imaginatif Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Jurnal Unversiti Sains Malaysia.
  5. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd


Oleh : HAMZANIZA NOR BINTI HAMDAN
Sumber : http://nieyza0512.multiply.com/journal/item/9?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

No comments:

Post a Comment